Powered By Blogger

Wednesday, December 12, 2007

Sepuluh Hari Pertama Zulhijjah


Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu : Sepuluh hari dari bulan ZulHijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".

Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu 'Anhuma, bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (ZulHijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid ".

Hari ini merupakan 4 Zulhijjah 1428 Hijrah. Sudah 4 hari bulan Zulhijjah berlalu. Pada sepuluh bulan pertama nilah kita bleh dapatkan byk pahala.
Ingat nak la puasa pada 2@3 hari lepas tp setan nie memang ramai.
Walaupun dah tak makan separu hari, perut nie asyik berbunyi plak. Ditambah plak ada makanan atas meja, aper lagi, makan jela... :P

9 Zulhijjah @ dipanggil Hari Arafah.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim).

Daripada hadis tersebut, ternyata byk pahalanya pada 9 Zulhijjah iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Memang niatnya nak puasa la pada hari tersebut. InsyaAllah.
Tp, kena la mulakan pada hari sebelumnya dulu.
Esok, 5 Zulhijjah, InsyaAllah nak puasa... :D

0 comments: